![]() |
Bagi anda yang masih baru jadi ibu dan ayah, anda mesti tertanya-tanya |
MILK BOOSTER NI APA?
Milk booster adalah penggalak susu ibu.
Milk booster sesuai diambil untuk ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan atau ibu yang berniat untuk menyusukan bayi selama dua tahun.
Penggalak susu ibu merujuk kepada makanan, ubat-ubatan atau herba yang membantu meningkatkan penghasilan susu. Apatah lagi, makanan penggalak susu ini memang banyak, malah tanpa kita sedar sayuran yang diambil setiap hari juga ada yang boleh menjadi milk booster ini. Namun, ibu sekarang lebih advanced kerana ia dijual di pasaran dalam bentuk biskut, susu dan banyak lagi. Akan tetapi, dalam konsep penyusuan ini, demand and supply adalah sangat penting.
Milk booster hanya membantu memudahkan penghasilan susu saja.
Dalam pada itu, seorang suami bernama Mohd Khairul Azuan, tampil menceritakan bagaimana isterinya suka benar minum milk booster ini. Mari kita ikuti perkongsian beliau.
LUAHAN SUAMI YANG BELI MILK BOOSTER UNTUK ISTERI
Isteri saya suka minum susu milk booster dan coklat milk booster. Pendek kata semua milk booster dia suka. Sampai kek pun ada!Sebenarnya, milk booster adalah makanan yang memberi emosi positif pada otak.
Jika ibu-ibu mengamalkannya, tapi stres akibat bergaduh dengan suami setiap hari. Susu tak akan keluar juga kerana emosi terganggu.
Ada juga tak minum pun milk booster tapi hati tenang dan gembira pasti susu banyak keluar. Disebabkan isteri suka makanan dan minum yang itu, biarkan sajalah. Tapi yang stres milk booster ini mahal.
MILK BOOSTER - ADA KE YANG TAK SEDAP?
Nak tahu juga, milk booster ini ada yang tak sedap ke? Kalau tak sedap, tidak meningkatkan emosi dan tak ada kesan.Saya bukan anti penggalak susu. Kalau mampu beli, tak mengapa. Tiada mudarat pun kecuali pada poket duit suami. Risau kepada mereka yang tak berduit terpaksa juga beli sebab nak tingkatkan penghasilan susu.
Saya hanya nak cakap kebenaran itu pahit…
PENGHASILAN SUSU BERGANTUNG PADA KAWALAN EMOSI IBU
Sebenarnya kuantiti penghasilan susu lebih kepada kepercayaan ibu, emosi yang postif dan jumlah air yang diminum. Kalau jumlah susu tetap kurang walaupun dah buat semua itu, mungkin ada masalah lain.
Kualiti pula bergantung pada jenis makanan ibu. Jika ramai katakan penggalak susu itu meningkatkan kualiti susu badan. Saya percaya ia kerana bahan baik yang digunakan akan sampai kepada bayi. Ibu yang percaya dia boleh menyusu dengan gembira pasti dapat menghasilkan susu badan yang banyak. Ibu yang takut dan ragu-ragu pasti akan kurang susunya.
Suami yang rajin picit-picit belakang isteri juga membantu meningkatkan penghasilan susu kerana emosi ibu menjadi positif. Lantas ibu akan rasa dihargai dengan sokongan suami itu. Para suami kalau nak jimat beli susu anak, sokonglah penyusuan susu ibu ini.
CARA BANYAKKAN SUSU BADAN IBU
- Minum segelar air suam yang dicampur dengan madu
- Makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari
- Makan oat. Campurkan bersama susu segar dan buahan kering
- Makan sup lobak putih dan lobak merah
- Makan banyak sayuran hijau seperti sawi.
- Ambil banyak ulaman seperti jantung pisang, pucuk betik, pucuk manis dan daun pegaga.
- Minum air halba.
- Susu soya, tempe dan tauhu. Dimasak dan jadikan sebagai lauk.
- Minum air lobak kering
Milk booster yang dijual bagi menggalakkan susu ibu diyakini penggunaannya. Diharap para suami yang lain juga beriltizam yang sama seperti lelaki ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: theasianparent.com
0 Comments