Wawaaa…
kedengaran suara bayi menangis tak berhenti-henti. Ibu mesti risau bila baby menangis seakan-akan susu ibu sikit. Lagi-lagi diawal kelahiran (masa berpantang tu).
Hati susah sangat kan?
Saya juga seperti itu, tambah lagi masa anak menangis. Masa anak menangis tu, kita sebagai ibu pun nak menangis sekali. Tapi bila ada ilmu dan niat untuk menyusukan, inshaAllah ibu akan dapat mengatasi masalah susu ibu sikit.
Disini saya kongsikan 3 tips untuk membantu ibu yang ada masalah susu ibu.
3 Tips Menyelesaikan Masalah Kurang Susu
1. Makan Makanan Berkhasiat
Sebagai ibu, kita sering terlepas pandang kesihatan kita. Makan yang mana sempat je kan? Namun, ibu adalah jantung kepada keluarga. Maknanya, kita kena utamakan makanan dan kesihatan kita terlebih dahulu.Ibu yang bahagia akan membahagiakan.
Ibu hamil dan menyusu mesti amalkan makan 5 warna dalam satu hidangan. Maksudnya, ada nasi, sayur, ayam, kuah dan buah. Sehari mesti makan tiga hidangan besar ya.
2. Pam Masa Baby Menyusu untuk Elakkan Susu Ibu Sikit
Untuk ibu didalam pantang, ambil peluang ini untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu dengan cara menyusukan bayi dengan kerap dan juga mengepam sebelah lagi semasa bayi menyusu.Jika ibu ada pam single ataupun breastmilk saver, sangat membantu. Stimulation ketika baby minum sebelah payudara membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih banyak.
Banyak bersabar ya ibu, kami pasti ianya bukan mudah namun jika ibu nekad, segalanya dapat dilakukan.
Bila baby tidur pula, ibu gunakan double pump untuk mengepam kedua belah breast supaya sentiasa ada signal. Simpan susu yang dipam dalam peti ais dan jangan beri baby minum susu ini. Susu ini untuk stok semasa ibu bekerja nanti. Semasa ibu berpantang dan sentiasa dengan bayi, ibu akan susu kan bayi secara terus (direct feeding).
3. Bertenang dan Ambil Penggalak Susu (Milk Booster)
Bertenang dan gembira selalu. Jika bayi merengek, ia bukan petanda susu kurang. Ianya petanda yang baik iaitu dia bayi yang bijak dan sedang memberi signal kepada ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu.Jadi semakin dia merengek, semakin baik bukan?
Ibu teruskan makan dengan sihat dan makan makanan yang membantu membanyakkan susu seperti air rebusan halba dan kurma. Makan sayur hijau dan lobak putih juga dipercayai boleh membantu membanyakkan susu ibu.
Selalu berbual dengan ibu positif yang menyusukan dan jangan rasa putus asa. Suami juga boleh membantu dengan menenangkan ibu dan menghargai betapa ibu telah melakukan yang terbaik untuk keluarga ini.
Milk Booster dari Nufiya dirumuskan khas dari sumber organik dan di bungkuskan dengan dengan penuh kasih sayang. Ingin memeriahkan susu badan? klik je link ni untuk order~
Sumber: lunatots
Edit by: Nufiyaorganic